Suami Kantoi Jadikan Anak Pemuas Nafsu
Menurut laporan Kosmo Online, perkara ini terbongkar selepas suspek yang merupakan bapa kandung mangsa kantoi tidur bersama anaknya oleh isterinya sendiri.
Kemudian, ibu kepada mangsa terus membawa anak tunggalnya itu untuk membuat laporan polis dan penangkapan suspek dibuat pada Khamis lalu di rumah mereka.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata bahawa suspek masuk ke bilik dan merogol mangsa pada pukul 1 pagi 1 Januari lalu.
Hasil siasatan lanjut mendapati pelajar perempuan itu dirogol sepanjang tahun 2020 hingga Januari tahun ini.
Bukan tu sahaja, mangsa turut diugut tidak memberitahu perbuatan terkutuk bapanya itu sekiranya tidak mahu ibunya dibunuh.
Oleh kerana takut dan tidak mahu perkara buruk berlaku terhadap ibunya, mangsa terus berdiam dan tidak melakukan sebarang tindakan.
Suspek direman selama tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 (B) Kanun Keseksaan.
Kosmo