Buat onar di ruang solat, pengurusan surau lapor polis

Banting: Pengurusan Surau Al-Falah, Pekan Banting, di sini, membuat laporan polis susulan perbuatan tidak senonoh dua lelaki dalam ruang solat seperti yang tular di laman sosial.

Pengerusinya, Mohd Hamdan Sapar berkata, kejadian berlaku jam 4.10 petang kelmarin.

Katanya, hasil penelitian menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati kejadian berlaku ketika jemaah tidak ramai.



“Pihak surau amat kesal dan sedih dengan apa yang berlaku. Kami sudah membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya.

“Semoga Allah mengampuni dan melindungi kita semua.

“Samalah beringat untuk memperkasa iman, amal dan akhlak anak-anak kita dengan merancang dan melazimi majlis ilmu untuk mereka,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Terdahulu, tular video dimuat naik di Twitter menunjukkan tindakan berani dua lelaki berkelakuan tidak senonoh dalam surau yang dirakam melalui CCTV.



Menerusi video itu, kelihatan seorang daripada lelaki terbabit memegang dan meraba rakan di sebelahnya.

Lebih teruk lagi apabila mereka turut bercium sebelum membuka seluar ketika masih ada seorang lagi jemaah sedang menunaikan solat di dalam surau.

Perbuatan terkutuk dua lelaki itu mengundang kemarahan netizen yang menyifatkan dua lelaki terbabit biadap dan keterlaluan kerana tidak menghormati rumah Allah.

METRO




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading