Bomba selamatkan keluarga terperangkap dalam banjir kilat

JITRA: Bomba menyelamatkan enam individu daripada sebuah keluarga di Kampung Telok, Mukim Binjai di sini yang terperangkap apabila rumah mereka dinaiki air akibat banjir kilat malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Kedah, Penguasa Kanan Bomba I, Mohamadul Ehsan Mohd Zain, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 9.39 malam.

Berdasarkan maklumat yang diterima, rumah keluarga berkenaan terletak bersebelahan sungai menyebabkan paras air naik mendadak.



“Setibanya di lokasi didapati paras air di kawasan kediaman keluarga berkenaan sedalam lebih 1.21 meter dan cuaca ketika itu hujan renyai.

“Bilangan rumah yang terjejas akibat banjir kilat di kawasan itu dianggarkan sekitar 100 unit,” katanya dihubungi hari ini.

Mohamadul Ehsan berkata, semua mangsa dikeluarkan anggota bomba iaitu dua lelaki dewasa, seorang wanita dewasa, seorang remaja perempuan dan dua kanak-kanak lelaki.

“Dalam pada itu, seorang kanak-kanak lelaki lapan tahun yang mengalami kekejangan kaki diberikan rawatan awal oleh anggota EMRS bomba dan dihantar ke Hospital Jitra untuk rawatan susulan.



BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button