Lawak Ke? Melawat Rakyat di Pedalaman

 

Sebuah negeri sedang dilanda krisis ekonomi yang berpanjangan. Perdana Menteri pun berkeliling dengan kapal terbang untuk melihat dengan langsung kesengsaraan rakyat negeri itu. Ia pun ditemani oleh isterinya.

Dalam lawatan itu, sang Perdana Menteri melihat ramai sekali rakyat yang menderita, terutamanya di kawasan pedalaman. Perdana Menteri merasa kasihan.

Ia berkata kepada isterinya, “Bagaimana jika kita terbang lebih rendah dan membaling banyak wang kepada rakyat supaya mereka boleh membeli makanan dan keperluan lain? Selain itu, mereka pasti akan selalu mengingati kebaikan suamimu ini… “

Isterinya hanya diam sahaja mendengar usul suaminya.

“Jangan bimbang, Isteriku. Kan wang kita masih banyak? Kita tidak akan kekurangan hanya dengan membahagikan beberapa ratus ribu dollar sahaja. Lagi pula rakyat akan semakin menyokong suamimu ini sehingga kita akan memperoleh keuntungan yang lebih banyak dari yang kita keluarkan.”

Isterinya masih diam.

“Kenapa kamu ragu?” tanya Perdana Menteri.

“Suamiku, kalau saya lihat… Sepertinya rakyat lebih senang kalau kamu yang terjun langsung melihat mereka…”

ceritalawak.com



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button