“Syukur dikurniakan suami yang baik” – Elly Mazlein
Pelakon dan pengacara terkenal, Elly Mazlein menitipkan rasa syukur kerana dikurniakan suami dan cahaya mata yang baik buat dirinya.
Menerusi entri Instagram, dia memuat naik satu hantaran gambar yang memaparkan anak perempuannya sedang menyediakan tempat tidur bapanya di dalam bilik.
Jelas pelakon, dia meluahkan rasa terharu apabila melihat sikap keluarga kecilnya itu sentiasa mengambil berat serta memberi keutamaan kepadanya yang sedang berbadan dua untuk keselesaan semasa tidur.
“Okey mata macam ada keluar air mata sikit sebabnya ada dua perkara. Yang pertama, manja (anak perempuannya) menyiapkan tempat tidur papa. Beria dia kemas, mengikut cara dialah.
“Memang nampak manja ini jenis sangat mengambil berat. Sayang sangat dekat papa dia, Alhamdulillah.
“Yang kedua, suami berkorban tidur dekat bawah kerana nak mama dan manja selesa tidur,” katanya.
Mengulas lanjut, penyanyi lagu popular Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan itu, turut menzahirkan penghargaan buat suaminya yang sentiasa berkorban pada ketika ini.
“Makin perut membesar ini, mama suka tempat yang luas. Terima kasih suami atas pengorbananmu.
“Mama sayang papa, syukur mama mempunyai suami yang baik macam papa. Macam-macam papa buat untuk abah, manja serta mama. Terima kasih sayang,” coretnya di Instagram.
Sebagai informasi, Elly dan suami tercintanya, Azlan yang juga merupakan seorang guru mendirikan rumah tangga pada 18 Januari 2020.
utusan