Umno Makin Kuat, PPBM Makin Lemah

 

Oleh – Bakhtiar Omar



Membicarakan mengenai Umno yang makin kuat dan PPBM yang makin lemah bukan sesuatu yang sukar untuk dikupas secara keseluruhannya.

Segalanya jelas kelihatan walau mereka (PPBM) pernah menguasai tampuk pemerintahan negara sebanyak dua kali sepanjang 2018 – 2021.

9 Mei 2018 PPBM memulakan penguasaan dalam arena politik Tanahair bila Tun Mahathir (Pengerusi PPBM) dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-7 selepas Pakatan Harapan (PH) memenangi PRU14.

Bersama DAP, PKR dan AMANAH, PPBM membentuk kerajaan dan menamakan ia sebagai kerajaan ‘Malaysia Baru’ berikutan sejarah menumbangkan Barisan Nasional.



GELORA PPBM DALAM PAKATAN HARAPAN

Bagaimanapun, kemelut dalaman PPBM terlalu kuat bergelora apabila mereka tidak berpuashati dengan sekutu dalam PH.

Terpaksa akur apa juga keputusan perlu mendapat pandangan DAP,PKR dan AMANAH membuat PPBM tidak berasakan kedudukan mereka selamat.

Ditambah dengan kekalahan berturut Pakatan Harapan kepada BN dalam 7 Pilihanraya Kecil secara berturut. Ini telah menjatuhkan moral Pakatan Harapan dengan teruknya.



ANWAR PM YANG DINAFIKAN MAHATHIR?

 

Tekanan untuk menepati janji untuk menaikkan Anwar sebagai Perdana Menteri selepas Mahathir juga membuat PPBM semakin tidak selesa. 

Pada pendapat penyokong PPBM, PKR tidak sepatutnya menimbulkan isu pertukaran PM.



Mahathir sendiri telah berjanji akan memberi laluan kepada Anwar bila tiba masa sesuai.

Melihat sokongan terhadap Anwar semakin kuat, PPBM mula berkocak dan percaturan strategi baru dimulakan secara senyap untuk PPBM terus kekal di tampuk kuasa.

Sheraton Move digerakkan dan hasilnya Mahathir meletakkan jawatan sekaligus membuat PPBM hilang penguasaan tampuk pemerintahan.

PPBM segera mencari sokongan baru lantas mereka berharapkan kepada UMNO/BN serta PAS selain GRS dan GPS bagi membentuk sebuah kerajaan baru.



PEMBENTUKAN PERIKATAN NASIONAL 

PPBM berjaya kembali dengan pembentukan Perikatan Nasional dan hasilnya Tan Sri Muhyiddin.

Kali ini Presiden PPBM mendapat peluang menjadi Perdana Menteri menggantikan Tun Mahathir.

Namun demikian , PPBM yang masih tidak berasakan selamat cuba menaikan imej mereka sebagai ‘saviour’ kepada rakyat Malaysia.

PPBM juga sering menyatakan mereka bersedia menggantikan UMNO sebagai pilihan orang Melayu.



Muhyiddin dan PPBM yang diberikan peluang untuk mentadbir Malaysia tidak berjaya menaikkan imej mereka sendiri malah rakyat membandingkan pula hasil kerja pemimpin UMNO yang ternyata jauh lebih baik.

RAKYAT MENILAI POLITIK POPULAR

 

Perbandingan yang dibuat rakyat bukanlah dirancang tetapi di atas pemerhatian mereka sendiri. Rakyat mendapati cara pemimpin UMNO jauh lebih berkesan daripada pemimpin PPBM dalam Perikatan Nasional.

Ini secara tidak langsung menaikkan pula prestasi UMNO di mata rakyat.

Desakan pemimpin UMNO dari luar kabinet yang pro-rakyat dilihat lebih menghayati keperluan rakyat Malaysia secara menyeluruh manakala PPBM hanya mementingkan teori populis bagi meyakinkan rakyat.

Sudah pasti perbezaan ini dirasai rakyat dan akibatnya rakyat mula menolak Muhyiddin. Tekanan demi tekanan terhadap PPBM membawa keruntuhan Perikatan Nasional. 

MUHYIDDIN LETAK JAWATAN

Muhyiddin akhirnya terpaksa akur PPBM bukanlah sebuah parti yang kuat dan akhirnya beliau meletakkan jawatannya.

Sekali lagi PPBM hilang penguasaan tampuk Putrajaya dan kali ini UMNO pula diberikan kepercayaan menerajui dengan pelantikan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri Ke-9.

REKOD UMNO MEMERINTAH MASIH KUAT

 

Enggan memandang rekod lama Perikatan Nasional, Kerajaan ‘Keluarga Malaysia’ mula mengorak langkah yang lebih baik dengan menumpukan fokus utama ekonomi rakyat dan meyekat kemaraan wabak covid19 yang melanda sejak Januari 2020.

Belum sebulan Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO menerajui Malaysia, sudah mula nampak hasil usaha yang kembali menyinari rakyat Malaysia.

Perancangan serta pengalaman UMNO menerajui Malaysia selama 6 dekad akan diteruskan bagi mengembalikan kegemilangan Malaysia dan memakmurkan rakyat sebagaimana sebelum 9 Mei 2018.

Ternyata pengalaman UMNO sangat diperlukan berbanding popularisme yang dikejar PPBM selama ini.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button