Mahkamah perintah Mamat Exists jalani rawatan psikiatri

Oleh – Syeikh Baran


Mahkamah perintah Mamat Exists jalani rawatan psikiatri
Vokalis Exists, Mamat atau Mohd Ali Kamarudin (kiri) dihantar ke Hospital Permai, di sini, bagi menjalani rawatan psikatri bermula hari ini. – Foto BERNAMA

Vokalis Exists, Mamat atau nama sebenarnya Mohd Ali Kamaruddin, dihantar ke Hospital Permai, di sini, bagi menjalani rawatan psikiatri bermula hari ini.

Perintah itu dikeluarkan Mahkamah Majistret Johor di sini terhadap pelatun Rahsia Pohon Cemara itu semasa pendakwaan bagi dua tuduhan memiliki dan mengambil dadah pada 2019.



Mamat ketika ditemui semasa diiring keluar daripada mahkamah memaklumkan dia akan dihantar bagi menjalani rawatan itu.

“Saya sedang hadapi kes mengikut 39C Akta Dadah Berbahaya 1952. Saya perlu dihantar ke Hospital Permai untuk rawatan lanjut psikatri mulai hari ini.

“Semoga peminat dapat beri sokongan untuk saya teruskan dalam aktiviti seni selepas ini,” katanya.

Sementara itu, Peguam Mamat, Azlina Abdul Aziz berharap anak guamnya itu diberi peluang kedua.



Katanya, Mamat ditahan pada 7 Januari lalu ketika bersama seorang rakan pada jam 2 pagi di Taman Perling, semasa pemeriksaan rutin polis.

“Semasa ditahan dan diperiksa anak guamnya itu bebas bahan terlarang, namun berada dalam senarai kehendaki berikutan kes dadah lama pada 2019.

“Kita doakan untuk Mamat. Hari ni akan dihantar di Hospital Permai untuk rawatan. Untuk pengetahuan, Mamat sudah lama 10 tahun ada hidap penyakit mental, dalam tempoh itu Mamat makan ubat dan dapat suntikan ubat.

“Kita tunggu laporan pakar pada 20 Februari ini untuk tarikh keputusan laporan perubatan psikatri. Saya percaya Mamat boleh (berubah) kita tahu dia banyak kes tetapi percaya peluang kedua.



“Kes yang didakwa Mamat pada hari ini adalah kes lama, yang sebelum ini diberi jaminan polis, tetapi tidak diteruskan atas sebab pegawai penyiasat mengalami kemalangan teruk dan tidak lagi berkhidmat dengan PDRM,” katanya.

SUMBER – BERITA HARIAN


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading