Mizz Nina ambil Musa

 

Oleh Pena Merah

Mizz Nina ambil Musa
Noh dan Musa

Penyanyi dan vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh, 39, memaklumkan anak angkatnya iaitu Musa sudah kembali ke pangkuan bekas isterinya iaitu Mizz Nina pada malam Sabtu.

Menurut Noh atau nama sebenarnya, Mohamad Noh Salleh, dia akur menyerahkan Musa selepas Mizz Nina hadir ke rumahnya bersama perintah interim daripada mahkamah selain pihak berkuasa.



“Malam semalam dalam pukul lebih kurang 8.30 malam pihak Mizz Nina hadir ke rumah saya bersama dengan suaminya serta pihak polis dan beberapa orang lain yang tidak dikenali dengan tujuan mengambil Musa daripada jagaan saya.

“Dengan perintah interim (sementara) sebelum sesi mediasi di Mahkamah Syariah,” katanya menerusi Instagram miliknya pada malam Ahad.

Sebelum itu, Noh dalam satu temu bual bersama program Melodi di TV3 tampil membersihkan namanya susulan timbul dakwaan dia melarikan anak angkatnya hasil bantuan pembantu rumah daripada jagaan bekas isterinya.

Noh menjelaskan, tidak wujud sebarang isu menculik sebaliknya dia mengambil Musa melalui saluran undang-undang yang sah.



Kata Noh, temu bual bersama Melodi yang memaklumkan Musa kini dibawah jagaannya dilakukan pada sebelah tengah hari Sabtu sebelum anak angkatnya itu diambil Mizz Nina.

Meskipun kesal dengan apa yang berlaku, Noh bagaimanapun menghormati keputusan mahkamah malah menjelaskan tiada perebutan berlaku di antara mereka.

“Saya dengan terpaksa dan berat hati menyerahkan Musa kembali dan akan meminta nasihat peguam saya. Hanya Tuhan sahaja yang mengetahui betapa hancurnya hati saya semalam.

“Tiada sebarang insiden perebutan berlaku malam tadi kerana saya percaya dengan jalan pendamaian. Apa yang penting adalah kesihatan mental dan fizikal Musa.



“Saya berharap kenyataan ini jelas dan tiada sebarang spekulasi daripada mana-mana pihak dan saya juga berterima kasih atas segala doa daripada kalian,”katanya.

Pada 2 Januari lalu, media melaporkan seorang pembantu rumah warga asing didakwa melarikan anak selebriti wanita dan kejadian itu didalangi bekas suaminya yang juga vokalis kumpulan terkenal.

-Utusan-




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading