DBKL memantau kebersihan makanan di Bazar Ramadan

 

Oleh Pena Merah

DBKL memantau kebersihan makanan di Bazar Ramadan
Petugas JKAS DBKL mengendalikan sampel makanan yang diambil daripada bzar Ramadan dalam makmal

Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar (JKAS) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melakukan pemantauan kesihatan secara mengejut terhadap makanan yang dijual peniaga di Bazar Ramadan Tasik Permaisuri dekat Bandar Tun Razak, di sini.

Pemantauan pada Rabu lalu diketuai Timbalan Pengarah Kanan JKAS DBKL, Dr Nor Halizam Ismail, bersama 13 orang kakitangannya.



DBKL dalam kenyataannya, memaklumkan 115 sampel makanan diambil dari lokasi terbabit dan dihantar ke Pusat Analisis dan Sekuriti Makanan JKAS DBKL.

Katanya, persampelan bertujuan untuk memantau kebersihan dan keselamatan makanan yang di jual kepada orang ramai.

“Pemeriksaan mikrobiologi seperti kuman salmonella tyhi, E-Choli dan Coliform yang merupakan indeks pengukuran kebersihan makanan yang dijual.

“Sekiranya berlaku perlanggaran atau pencemaran, tindakan denda atau kompaun akan dikenakan kepada peniaga,” katanya.



DBKL berkata, pemantauan ini dibuat susulan kes keracunan makanan yang meningkat dilaporkan dari bazar-bazar Ramadan di ibu kota bagi tempoh dua tahun kebelakangan ini.

Katanya, berdasarkan e-notifikasi oleh Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan, Kementerian Kesihatan (KKM), sebanyak 43 kes dilaporkan pada 2022 dan 62 kepada 2023.

Dalam pada itu, katanya pihak JKAS turut melakukan pemeriksaan berkait kehendak-kehendak kesihatan kepada pengendali makanan.

“Hasil pemeriksaan mendapati kebanyakan peniaga bazar mempunyai suntikan typhoid, menjaga kebersihan tapak bazar, tidak menggunakan polistirena dan tidak terdapat warga asing sebagai pembantu.



“Selain itu, teguran dan nasihat diberikan kepada peniaga yang menggunakan stapler (dawai kokot) pada bungkusan makanan kerana boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna.

“Seiring matlamat pembangunan mampan (SDG), penjaja disarankan agar tidak menggunakan styroform dan polistirena untuk membungkus makanan, tidak menggunakan penyedut minuman plastik serta mengganti penggunaan beg plastik kepada bahan yang mudah terurai,” katanya.

Justeru, DBKL menasihati orang ramai untuk membawa beg atau bekas makanan sendiri serta elakkan dari melakukan pembaziran di bulan penuh keberkatan ini.- Berita Harian



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button