Selepas Anwar, kemana hala tuju PKR?

 

Parti Keadilan Negara (PKN) ditubuhkan pada 1999, kemudiannya dikenali sebagai Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 2003 diketuai Anwar Ibrahim. Kemana hala tuju PKR selepas Anwar



Anwar Ibrahim dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri oleh Dr Mahathir Mohamad pada 1998 atas alasan salah laku seks telah melancarkan gerakan Reformasi pada tahun sama.

 

 



Jawatan Presiden PKR tidak pernah diberikan kepada individu lain melainkan Wan Azizah sahaja. Begitu kuat nepotisme politik berlaku dalam PKR sehingga jawatan tersebut seperti warisan legasi Anwar.

Anwar pula hanya sekali memimpin kempen pilihanraya sejak 1999 berbanding Wan Azizah 3 kali. Kredibiliti Nurul Izzah sebagai pengganti Anwar masih terlalu jauh untuk diberikan tanggungjawab sebesar itu.

 



 

Perjalanan karier politik Izzah tidak begitu menyerlah walau selepas Pakatan Harapan menang pada PRU14. Beliau seolah dipinggirkan dari sebarang jawatan kabinet PH pada ketika itu dan kisah politiknya tidak diendahkan.

Apa strategi Anwar untuk melatih Izzah sebagai bakal Presiden PKR?

Umum mengetahui jawatan Timbalan presiden PKR kosong selepas Azmin Ali meninggalkan parti itu dan menyertai PPBM.



 

Nurul Izzah Anwar

 

Selepas itu PKR kelihatan agak tempang kerana orang kepercayaan Anwar pada satu ketika mampu meninggalkannya walau sekian lama telah bersama bergelumang dalam politik.



Jelas sekali Anwar sudah semakin longgar genggamannya dalam PKR, jadi sekuat mana lagi pengaruh Anwar dalam PKR?

 

 



Dalam senarai kepimpinan PKR yang ada, Fahmi Fadzil antara yang paling menyerlah berbanding Izzah berikutan kedudukannya selaku Pengarah Komunikasi PKR, diikuti Nik Nazmi.

Nama Izzah yang semakin tenggelam tidak memberi keyakinan bahawa beliau akan mengambil alih tampuk PKR selepas ketiadaan Anwar nanti.

Persoalan yang bermain di pemikiran penyokong PKR sendiri kemana hala tuju PKR selepas Anwar masih belum nampak jawapan. Kepada siapa mereka mahu sandarkan harapan jika ditakdirkan PKR memilih untuk tidak bersama PH?

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button