Pemilikan tanah: Juruacara majlis didakwa ‘cangkul’ kepala ibu saudara

Pemilikan tanah: Juruacara majlis didakwa ‘cangkul’ kepala ibu saudara

Pemilikan tanah: Juruacara majlis didakwa ‘cangkul’ kepala ibu saudaraPemilikan tanah: Juruacara majlis didakwa ‘cangkul’ kepala ibu saudara
TERTUDUH mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, Ayer Keroh, Melaka atas pertuduhan mencederakan ibu saudaranya sehingga parah menggunakan sebatang cangkul.

MELAKA: Seorang lelaki berdepan hukuman penjara 20 tahun selepas didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan mencederakan ibu saudaranya sehingga parah menggunakan sebatang cangkul.

Bagaimanapun tertuduh, Johari, 48, yang bekerja sebagai juruacara majlis mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mohd. Sabri Ismail selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Difahamkan insiden berlaku akibat pertengkaran kerana perselisihan faham melibatkan soal pemilikan tanah.



Tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecede­raan parah ke atas seorang wa­nita berusia 60 tahun dengan menggunakan suatu alat yang jika digunakan sebagai senjata, mungkin boleh menyebabkan kematian iaitu sebatang cangkul.

Perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 5 petang di hadapan sebuah rumah bernombor di Jalan Daeng Tawi, Telok Mas pada 10 Jun lalu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kualiti Radzi Jidin Sebagai Ahli Parlimen, Kesian Pengundi Beliau




Tertuduh bertaraf Pemastautin Tetap didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Puteri Nur Nadia Mohamed Iqbal.

Beliau tidak menawarkan sebarang jaminan dan memohon mahkamah mengambil kira faktor kecederaan dialami mangsa iaitu bahagian otak, patah tulang pipi, dagu dan rusuk serta pendarahan mata sehingga dirawat di unit rawatan rapi.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jaminan rendah diberikan dengan alasan perlu menyara isteri serta empat orang anak, selain mendakwa mangsa mengalami penyakit gila dan terpaksa berbuat demikian untuk mempertahan keluarganya.



Mahkamah tidak membenarkan jaminan dan menetapkan 18 Julai ini sebagai sebutan semula kes. – UTUSAN

Pemilikan tanah: Juruacara majlis didakwa ‘cangkul’ kepala ibu saudara


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kualiti Radzi Jidin Sebagai Ahli Parlimen, Kesian Pengundi Beliau

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading