Penyokong Najib boikot PRN hanya propaganda lawan

Oleh – Bakhtiar Omar


Penyokong Najib boikot PRN hanya propaganda lawan

 



 

PRN 6 buah negeri akan berlangsung tidak lama lagi tetapi perang saraf parti politik telah bermula seawal DUN dibubarkan. Paling menarik, propaganda kononnya penyokong Najib Razak akan melakukan boikot terhadap Barisan Nasional.

Serangan dengan menggunakan nama Najib Razak hanya menampakkan kelemahan pihak lawan. Mengambil kesempatan terhadap amarah penyokong Najib merupakan satu kesilapan pihak lawan.

Benar, penyokong Najib agak kecewa dengan Zahid Hamidi selaku Presiden Umno yang berjanji akan melakukan yang terbaik bagi membantu Najib. Bukan itu sahaja, mereka turut berasa kecewa apabila Najib mula dilupakan para pemimpin Umno seolah beliau tidak berjasa langsung kepada rakyat Malaysia.



Apa yang dimohon Najib adalah perbicaraan yang benar-benar adil dan telus tetapi sehingga sekarang masih belum nampak keadilan yang sepatutnya diperolehi.

Malah, menurut seorang Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Puad Zarkashi, Najib terus dizalimi dengan dakwaan yang sepatutnya sudah boleh digugurkan di Mahkamah.

BACA SINI – NAJIB TERUS DIZALIMI

RAMAI KECEWA DENGAN PIMPINAN UMNO TETAPI MASIH MENARUH HARAPAN 

Penyokong Najib boikot PRN hanya propaganda lawan



 

Meneliti kempen yang digembar-gemburkan pihak lawan, kononnya sudah ada gerakan dari penyokong Najib yang akan beralih undi dari BN dan akan memberi undi kepada pihak lawan kerana kecewa dengan Zahid dan Kerajaan hari ini.

Bagaimanapun, apabila penyokong Najib yang selama ini mengambil sikap berdiam diri sudah mula bersuara, propaganda pihak lawan semakin tenggelam.

Apatah lagi yang terbaru, ada seorang individu mengakui beliau menggepalai seramai 300,000 penyokong Najib akan bertindak menukar sokongan di kertas undi, kebanyakan tegar Najib mula mengecam individu tersebut.



Mereka mempersoalkan siapa yang melantik beliau menjadi ‘Ketua’ kepada penyokong Najib dan dari mana individu tersebut mendapat mandat Najib?

Sedangkan hanya keluarga terdekat sahaja boleh bertemu dengan Najib di Kajang mengikut jadual yang disediakan.

Sudah ada suara-suara penyokong Najib melontarkan persepsi individu tersebut mendapat ‘bayaran’ dari pihak lawan untuk mengelirukan penyokong Najib.

Tidak kurang ada juga berpendapat, individu tersebut hanya mencari keuntungan untuk dirinya bila menunggang nama Najib.



Menjelang PRN, pelbagai naratif akan terus dicuba bagi melemahkan semangat penyokong Najib di 6 buah negeri. Jangan terkejut sekiranya ada pihak berjanji akan mengusahakan pembebasan Najib sekiranya pengundi memberikan sokongan kepada mereka dalam PRN ini.

Percayalah semua itu BOHONG, semua itu DUSTA, semua itu hanyalah untuk meletakkan kekalahan BN di bahu Najib sekiranya BN tidak mampu membantu kemenangan PRN.

Zahid dan pemimpin Umno sebenarnya perlu melihat perkara ini dengan serius walau ianya sekadar propaganda lawan kerana manusia ada had kesabaran dan toleransi.

 



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button