Kerana foto Shah Rukh Khan diancam boikot

 

Pelakon dengan gelaran Raja Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan (SRK), 55, menjadi bahan bualan ramai apabila dia dikatakan bakal menerima ancaman boikot daripada rakyat India gara-gara tersebarnya foto dirinya bergambar bersama Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan.

Difahamkan, gambar tersebut telah dirakam pada tahun 2008 dan tidak semena-mena menjadi pertikaian di ruangan maya.

Menurut laporan media antarabangsa, gara-gara foto itu, SRK dinilai pro Pakistan dan bersimpati dengan negara tersebut dengan dalam masa yang sama ia dilihat bertepatan dengan momen diskusi filem terbaru SRK yang berjudul Pathan.



Kebetulan, filem Pathan juga dikatakan cenderung menggambarkan komuniti negara tersebut sedangkan satu dunia tahu bahawa Pakistan dan India sekian lama berdepan dengan situasi perang dingin.

Berikutan itu, pelakon terkenal ini diancam boikot dari industri filem India termasuk netizen yang menjalankan gerakan tersebut menerusi penggunaan tanda pagar #BoycottShahRukhKhan di Twitter.

Selain itu, baru-baru ini, SRK juga didakwa dikesan berada di sebuah gedung di sekitar Mumbai dan ketika sedar dirinya diikuti oleh sekumpulan paparazi, dia dikatakan berusaha menyembunyikan wajahnya semasa cuba keluar daripada tempat tersebut.

Dalam keriuhan tersebut, SRK dikatakan bergegas keluar dari gedung tersebut sambil menutup wajahnya dan meluru masuk ke dalam kereta.

Keadaan tersebut dikatakan agak luar biasa buat SRK kerana selalunya, pelakon hebat itu akan berusaha melayani pihak media.

Untuk rekod, awal September lalu, SRK baru sahaja mendapat penghargaan daripada Perdana Menteri India, Narendra Modi yang merasmikan nama SRK dalam senarai kamus bahasa isyarat India.

Cara untuk mengucapkan nama SRK dalam bahasa isyarat adalah dengan membuat gerakan menggunakan jari tangan kanan seperti pistol dan kemudian menepuk jantung sebanyak dua kali.



utusan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button