Kanak kanak 8 tahun ditemui lemas

kaknak kanak perempuan ditemui lemas

 

Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun yang dilaporkan terjatuh ke dalam longkang di Kampung Baru Hicom, Seksyen 26 di sini, ditemui lemas pada Isnin.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, mayat kanak-kanak itu ditemui penduduk kampung pada jam 8.42 pagi di dasar longkang kira-kira 15 meter dari lokasi dia dipercayai terjatuh.

“Mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya melalui kenyataan pada Isnin.

 



Pada Ahad, media melaporkan kanak-kanak perempuan itu terjatuh ke dalam longkang pada jam 6.18 petang.

Norazam memaklumkan, seramai 10 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam ke lokasi kejadian.

“Turut dihantar ke lokasi ialah empat anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA),” katanya.

sinar

Leave a Reply