Tukar Radzi Jidin atau tukar guru ke negeri lain?

Senator Radzi Jidin
Menteri Kanan Pendidikan, Senator Radzi Jidin

 

Menteri Kanan Pendidikan, YB Senator Radzi Jidin semalam menyatakan ‘Guru yang tidak divaksin mungkin akan ditukarkan ke negeri lain’.

Kenyataan beliau telah mencetuskan kegusaran Malaysian Education Movement, yang mentafsirkan Radzi cuba mengugut para guru.

Meneliti kenyataan Radzi, beliau hanya memberikan solusi jangka pendek tanpa memberikan pilihan penyelesaian yang lebih baik.

Adakah dengan menukarkan guru ke negeri lain akan selesaikan masalah?

Radzi perlu ingat suntikan vaksin tiada arahan mewajibkan semua rakyat mengambil suntikan vaksin sepertimana didedahkan Khairy Jamaluddin di parlimen.

Kekhuatirkan ibubapa ialah para guru yang belum divaksinasi berpotensi menjadi pembawa virus dan ini akan mendatangkan risiko terhadap murid.

MEM dalam pada itu turut mengingatkan Radzi guru merupakan penjawat awam yang terlindung dalam perlembagaan.

Mereka turut menyelar kenyataan Radzi semalam dan menyifatkan ianya merupakan amalan “medical apartheid”.

Malang sekali apabila Menteri hanya mampu memberikan solusi yang boleh dikategorikan sebagai ‘bahan lawak’ dan menjadi kecaman rakyat.

Tidakkah Radzi terfikir para guru yang enggan menerima vaksin boleh diarahkan untuk bertugas di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) atau Negeri bagi mengelakkan mereka berinteraksi secara terus dengan murid?

Sepatutnya Menteri Pendidikan sewajarnya tampil dengan cadangan yang lebih baik tetapi ini tidak berlaku, dan sebaiknya Radzi ditukarkan ke Kementerian lain.

Leave a Reply