Sindiket pakej pelaburan wang kripto tak wujud tumpas

Sindiket pakej pelaburan wang kripto tak wujud tumpas

Sindiket pakej pelaburan wang kripto tak wujud tumpas
Zam Halim (tengah) bersama pegawainya menunjukkan barang rampasan pada sidang media tangkapan kes pusat panggilan penipuan tawaran Pakej Pelaburan Mata Wang Bitcoin di Ibu Pejabat Daerah Cheras. – Foto HAZREEN MOHAMAD

KUALA LUMPUR: Polis menumpaskan sindiket penipuan pelaburan mata wang kripto menyasarkan warga China dalam serbuan ke atas dua unit kondominium di Cheras, kelmarin.

Dalam serbuan kira-kira jam 2 petang, polis menahan 10 lelaki warga China berusia antara 19 hingga 41 tahun termasuk seorang lelaki yang dipercayai berperanan sebagai penyelia.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin, berkata sindiket ini menyasarkan pelabur di negara China dan mempromosikan pakej pelaburan melalui panggilan telefon dan Telegram.



Beliau berkata, sindiket itu dipercayai sudah beroperasi di negara ini kira-kira dua bulan setengah sejak Mei lalu dan dua unit kondominium itu disewa untuk dijadikan pusat panggilan dan promosi.

“Semua suspek yang berperanan sebagai ‘pegawai perkhidmatan pelanggan’ akan menghubungi mangsa yang disasarkan melalui panggilan telefon atau mesej Telegram bagi tujuan promosi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Muhyiddin Terpaksa Menghadap Mahathir Untuk Membendung Penguasaan PAS Dalam PN




“Jika ada yang berminat, mangsa diminta membayar 100RMB (RM64) untuk mendaftar menerusi laman sesawang www.aicoin.com bagi mendapat nama pengguna dan kata laluan,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Zam Halim berkata, mangsa akan diminta menjalankan segala transaksi melalui laman sesawang berkenaan termasuk memilih pakej pelaburan yang bersesuaian.

“Siasatan mendapati sindiket ini menyasarkan pelanggan baharu antara 30 hingga 50 orang sehari dan dipercayai mampu mengumpul pelaburan antara RM50,000 hingga RM100,000 sebulan.

“Ahli sindiket yang berjaya mendapatkan pelanggan baharu akan diberikan komisyen antara 10 hingga 15 peratus daripada jumlah pelaburan yang diperoleh,” katanya.



Mengulas lanjut, Zam Halim berkata, semakan mendapati hanya seorang daripada 10 suspek yang ditahan mempunyai dokumen perjalanan dan pas lawatan sosial yang sah.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Dr Mahathir Meroyan Lagi


“Kita percaya kesemua mereka masuk ke negara ini khusus untuk menjalankan kegiatan penipuan pelaburan didalangi sindiket ini.



“Kita juga percaya sindiket ini antara rangkaian penipuan pelaburan wang kripto haram yang lebih meluas di peringkat antarabangsa dan Malaysia dijadikan salah satu lokasi sindiket ini untuk beroperasi,” katanya.

Menerusi serbuan itu, Zam Halim berkata, polis merampas 21 telefon bimbit, lima komputer riba, dan masing-masing satu modem dan router.

Semua suspek kini direman empat hari hingga Jumaat ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, Seksyen 511 Kanun Keseksaan dan Seksyen 120B kanun sama.

Sindiket pakej pelaburan wang kripto tak wujud tumpas

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button