Nenek 74 tahun selamba panjat bukit
Seorang nenek berusia 74 tahun dari Kelantan mengejutkan pengguna media sosial selepas video beliau mendaki bukit hanya dengan memakai jubah dan selipar, tular di TikTok.
Dalam video tersebut yang dimuat naik empat hari lalu itu, Wan Zaharah Wan Ismail tiba di puncak Bukit Panau di Tanah Merah bersama ahli keluarganya, disambut dengan tepukan dari pendaki lain.
Cucu Wan Zaharah, Haishah Hashram memberitahu portal Malay Mail neneknya seorang yang cergas, tidak suka duduk diam di rumah dan selalu berjalan-jalan di kampungnya untuk bertemu rakan-rakan.
“Dia suka berjalan-jalan, ada kalanya bersendirian.
“Dia sangat bersemangat untuk mendaki bukit dan bahkan selepas sampai di puncak, dia memberitahu dia ingin mendaki lebih banyak bukit selepas ini.
“Dia yang bertegas mahu memakai jubah dan selipar kerana dia selesa begitu,” kata Haishah.
Dengan lebih 15,000 tontonan di TikTok, netizen rata-ratanya memuji warga emas itu kerana keazamannya mendaki bukit walaupun sudah berusia, malah menjadikan Wan Zaharah inspirasi untuk mendapatkan tahap kesihatan sepertinya.
Ramai juga yang mengakui kali pertama melihat pendaki mendaki bukit hanya dengan memakai jubah dan sepasang selipar.
awani