Gelanggang Sudah Di Buka, Sudahkah PH/BN Bersedia?

Gelanggang Sudah Di Buka, Sudahkah PH/BN Bersedia?

Gelanggang Sudah Di Buka, Sudahkah PH/BN Bersedia?

Dalam sidang media yang diadakan semalam, Pengerusi SPR, Abdul Ghani Salleh, mengumumkan pilihanraya di 6 buah negeri akan diadakan secara serentak.

SPR menetapkan tarikh penamaan calon akan diadakan pada 29 Julai 2023, pengundian awal pula telah ditetapkan pada 8 Ogos 2023 dan hari pengundian adalah pada 12 Ogos 2023.

Dengan pengumuman rasmi yang telah dibuat oleh SPR, maka dengan rasminya gelanggang pilihanraya di 6 buah negeri telah dibuka.



Persoalannya, sudahkah PH/BN bersedia sepenuhnya untuk menghadapi pilihanraya di 6 buah negeri ini?

PH/BN dijangka tidak akan menghadapi masalah untuk mengekalkan penguasaan di Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang.

Realitinya PH/BN dijangka akan menang selesa di ketiga-tiga buah negeri tersebut.

Tetapi kemenangan yang macam mana besar pun di ketiga-tiga negeri tersebut tidak boleh dijadikan sebagai indikator kemenangan PH/BN dalam pilihanraya negeri kali ini.



Yang akan menjadi inidikator sebenar adalah sejauh mana PH/BN akan dapat merampas Kedah, Terengganu dan Kelantan.

Inilah medan peperangan sebenar bagi jentera pilihanraya PH dan BN.

Pemimpin PH/BN optimis dapat menawan kembali Kedah, manakala menaruh harapan yang besar untuk melakukan kejutan di Terengganu.

Pemimpin PH/BN Mesti Lebih Optimis

Penulis merasa agak janggal bila pemimpin PH/BN menggunakan perkataan melakukan kejutan di Terengganu.



Adakah ini membayangkan pemimpin PH/BN masih tidak yakin dapat merampas Terengganu dari PAS?

Menteri Besar Terengganu kini sedang dibelenggu dengan pelbagai isu integriti yang melibatkan penjualan tanah di Terengganu.

Dr Samsuri juga gagal menarik minat pelabur asing untuk datang melabur ke Terengganu sepanjang PAS menguasai kerajaan negeri.

Meninggalkan rakyat bersendirian bertarung nyawa ketika banjir juga adalah isu yang dekat dengan rakyat.



Itu belum lagi disentuh isu pembaziran dana kerajaan Terengganu, isu pembangunan Terengganu dan pelbagai isu lain yang dekat di hati rakyat.

Tidak perlu mereka cerita atau mencipta fitnah kerana kenyataan terbentang di hadapan mata.

Cuma bagaimana jentera PH/BN dapat memainkan isu tersebut untuk memberikan kesedaran kepada rakyat akan menjadi penentu keputusan PRN Terengganu.

Pemimpin PH/BN jangan terlalu defensif, perlu lebih progresif dan optimis untuk meniup semangat jentera mereka.



Khabarkan kepada rakyat Terengganu, sudah sampai masanya mereka merasakan keselesaan kehidupan sebagaimana rakan-rakan mereka di negeri lain.

 

Gelanggang Sudah Di Buka, Sudahkah PH/BN Bersedia?

 

Di Syorkan Untuk Anda:



Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button