Wujud kejanggalan dalam kabinet dakwa Zahid

 

 “Kejanggalan itu memang jelas..kerana didalam kabinet ‘lineup’ Perdana Menteri sekarang nampak tidak banyak perubahan”, dakwa Zahid Hamidi semasa ditanya mengenai kabinet Keluarga Malaysia.

Zahid menjawap demikian apabila ditanya mengenai kejanggalan barisan kabinet yang ada sekarang.

Dapat dilihat ramai kalangan Ahli Majlis Tertinggi Umno tidak berada dalam kabinet walaupun Ismail Sabri adalah Naib Presiden Umno.

Selaku Presiden Umno, Zahid menyerahkan kepada Perdana Menteri, Dato Seri Ismail Sabri menentukan kabinetnya.

“tentunya kita menghormati hak mutlak yang ada pada Perdana Menteri,”

“dan mungkin ada perjanjian bertulis atau tidak bertulis dengan seseorang yang menyebabkan tangan beliau (Ismail Sabri) terikat”

 

Zahid berharap pada PRU15, mandat baru akan diberikan dan pada ketika itu sudah pasti akan ada perubahan dalam kabinet samada tokoh muda atau wajah baru akan diletakkan dalam barisan kabinet.

BN akan letak lebih ramai ‘muka baru’ pada PRU15

 

 

 

Leave a Reply