Lebih 30 tahanan Palestin dipercayai dibunuh tentera Israel

 

Oleh Pena Merah

Lebih 30 tahanan Palestin dipercayai dibunuh tentera Israel
Lebih 30 mayat tahanan Palestin ditemukan dalam sebuah sekolah yang dikepung oleh kereta kebal berperisai tentera Israel di Beit Lahia, utara Semenanjung Gaza.

Tentera Israel didakwa membunuh 30 tahanan Palestin di Beit Lahia, utara Semenanjung Gaza selepas mayat mereka ditemukan dalam sebuah sekolah yang dikepung oleh kereta kebal berperisai, menurut Persatuan Tahanan Palestin (PPS).

PPS melaporkan, tentera Zionis menggari tangan dan menutup mata tahanan selepas membuka pakaian mereka.



“Pasukan pendudukan Israel meningkatkan hukuman mati di lapangan dan penculikan warga Palestin ketika pencerobohan mereka di Semenanjung Gaza memasuki hari ke-117.

“Terdapat juga peningkatan saksi daripada tahanan, termasuk kanak-kanak dan wanita yang mengalami pelbagai bentuk penganiayaan, termasuk penderaan fizikal serta psikologi ketika mereka ditahan oleh tentera Israel,” kata PPS dalam satu kenyataan.

Ketika pencerobohan darat ke atas Gaza, tentera Israel menerbitkan gambar dan adegan mengerikan yang mendokumentasikan penahanan ratusan orang dalam keadaan yang ‘merendahkan’ maruah manusia.

Terbaharu, dua tahanan dibunuh dalam penjara Israel, sekali gus meningkatkan jumlah tahanan yang mati dalam penjara sejak 7 Oktober tahun lalu kepada tujuh.



Sementara itu, Kementerian Luar Palestin menggesa penubuhan pasukan penyiasat antarabangsa selepas penemuan kubur besar berkenaan yang didakwa dilakukan oleh tentera Israel.

– Berita Harian-


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading