Zuraida takut ulas atau memang ada plan ‘B’?

 

Ahli parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin enggan mengulas ura-ura penubuhan Parti Negara Malaysia apabila di tanya wartawan semalam.



“Desas-desus… desas-desus… desas-desus lah…” ringkas kata Zuraida.

Menurut sumber parti tersebut akan ditubuhkan selepas usaha membawa penyokong Zuraida dan Azmin Ali masuk ke Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak begitu berjaya.

Ini adalah kerana polisi PPBM yang hanya menerima keahlian dari kaum lain selain Melayu/Bumiputera sebagai Ahli Bersekutu dan ini akan menyukarkan bagi mereka yang berpotensi untuk bergerak jauh dalam PPBM itu sendiri.



Sumber turut mendakwa, beberapa Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang tidak menyokong PKR juga akan akan menyertai parti baharu itu.

Zuraida yang tidak popular dalam PPBM perlu mendapatkan sokongan yang kuat bagi membolehkannya mempertahankan kerusi Ampang yang dimenanginya sejak 2008.

 

Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin



 

Kekuatan sebenar Zuraida pula datang dari PKR dan sudah pasti ini tidak disenangi PPBM. 

Beliau yang juga bekas Naib Presiden PKR sebelum disingkirkan, perlu ada perancangan yang rapi untuk Pru15. 

Jika menilai kesetiaan kepada parti, Zuraida sendiri tidak menepati maksud kesetiaan kepada parti bila melihat kepada rekodnya. Meninggalkan PKR dan menyertai PPBM hanya untuk jadikan ‘batu loncatan’ terus memegang jawatan.



Mewujudkan sebuah parti yang membuka keahlian kepada pelbagai kaum akan memberi kelebihan kepada Zuraida dan Azmin.

Persoalannya mengapa Zuraida enggan mengulas penubuhan parti itu? Adakah beliau masih berkira-kira untuk merahsiakan atau sebenarnya memang ada plan ‘B’ yang tidak diketahui banyak pihak?

Latheefa Koya sengaja kenakan pemimpin Umno?

 



Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button