Latheefa Koya sengaja kenakan pemimpin Umno?

Mengejutkan sekali pendedahan mengenai cara penyiasatan SPRM di bawah Latheefa Koya dan Polis DiRaja Malaysia semasa zaman Pakatan Harapan.

Perkara tersebut didedahkan Datuk Seri Ahmad Maslan semasa ditemuramah dalam segmen Anda Musykil Kami Terjah.

Latheefa Koya
gambar fail Latheefa Koya

 

Setiausaha Agung UMNO menceritakan bagaimana beliau dan beberapa individu lain seperti sengaja dikenakan Latheefa kerana mereka adalah pemimpin Umno.

“nama saya disenaraikan oleh Latheefa Koya, Ketua Pesuruhjaya SPRM (ketika itu) sebagai seorang yang perlu dikompaun daripada 80 orang”

“saya tidak menerima tawaran kompaun ketika itu”

Ahmad Maslan juga menjelaskan beliau bersama 33 daripada 80 orang menyaman SPRM. 

“saya tidak menerima tawaran SPRM kerana ada daripada 33 yang menggunakan khidmat peguam yang sama menyatakan mereka hanya menerima RM50,000 tetapi dikompaun 50 kali ganda…ada yang menerima RM100,000 dikompaun 25 kali ganda, jadi pada saya itu satu kezaliman”

“pada 31 Disember 2019, masih terbayang-bayang lagi  di mata saya satu wajah..wajah itu adalah wajah Latheefa Koya..dan dia menyebut ada penerima penerima wang 1MDB akan dihadapkan ke Mahkamah”

Ahmad Maslan berkata beliau dikenakan kerana tidak menerima tawaran kompaun maka beliau dicaj oleh SPRM.

Ahmad Maslan
gambar fail

Jelas sekali ketika itu Latheefa Koya selaku Ketua Pesuruhjaya SPRM seperti sengaja mengenakan pemimpin Umno dengan pelbagai caj.

Adakah beliau (Latheefa) ada menerima arahan seseorang untuk mengenakan pemimpin Umno dengan pelbagai dakwaan di Mahkamah?

 

One thought on “Latheefa Koya sengaja kenakan pemimpin Umno?

Leave a Reply