DUN Melaka dibubarkan, PRN bakal diadakan
Dewan Undangan negeri Melaka dibubarkan berkuatkuasa 5 Oktober 2021. Perkara tersebut dimaklumkan oleh Datuk Seri Abd Rauf Yusoh dalam satu sidang media sebentar tadi.
“sehubungan dengan itu TYT Melaka, telah membuat pertimbangan dan bersetuju untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Melaka yang Ke-14, proklamasi pembubaran Dewan Negeri yang Ke-14 diwartakan pada 5 Oktober 2021” – Abd Rauf Yusoh
Oleh demikian Pilihanraya Negeri akan diadakan bagi membolehkan rakyat Melaka memberikan mandat baru untuk menubuhkan kerajaan baru di Melaka.