“Saya bukan king” – Abd Rauf

 

Saya bukan King - Rauf

 



Pengerusi Perhubungan Negeri UMNO Melaka, Dato Sri Abd Rauf menegaskan beliau bukan ‘King’ seperti didakwa oleh ahli politik Melaka.

“Saya pun tak tau kenapa ‘beliau’ menggelarkan saya king” – Rauf berkata demikian semasa menjawap soalan krew ANDA MUSYKIL KAMI TERJAH

“gelaran ini terjadi apabila saya berjaya mengambil alih kedudukan kerajaaan negeri yang berpindah dan beralih kuasa sewaktu PH memerintah selama 22 bulan”



Rauf sempat berseloroh apabila menyatakan negeri Melaka ada ‘4 King’.

“tapi sebenarnya Melaka sekarang ada berapa banyak ‘king’? hari itu kata ada ‘2 King’;

Adun Pantai Kundur kata ada ‘3 King’, tapi saya kata ada ‘4 King’, seorang lagi ‘King Maker'”

Dalam wawancara itu juga, Rauf menjelaskan banyak perkara berkaitan konflik yang berlaku di Melaka.



Suasana politik Melaka menjadi panas apabila 4 Adun – 2 Umno, 1 Bebas, 1 PPBM bertindak menarik sokongan terhadap Ketua Menteri Melaka.

Rentetan ‘drama’ tersebut, Dewan Undangan Negeri Melaka telah dibubarkan Tuan Yang Terutama (TYT) Melaka.

Tindakan 4 Adun kononnya disebabkan tidak mahu seorang Ketua Menteri yang dikawal seseorang dan orang itu adalah Abd Rauf yang digelarkan sebagai ‘King’ oleh ahli politik.



Menyorot jawapan dari Rauf banyak menampakkan banyak dakwaan serta tuduhan liar yang dilemparkan sudah  terjawap. 

“Saya tidak pernah minta nyawa dari DAP”

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button