“Saya tidak pernah minta nyawa dari DAP”

Dato Srti Abd Rauf Yusoh

 

Kontroversi pertemuan antara Dato Sri Rauf Yusoh dengan pemimpin DAP Melaka mencetus spekulasi panas. Apabila ditanya soalan mengenai pertemuan tersebut, Rauf memberi reaksi yang berbeza dengan cerita yang tersebar.

“kenapa saya perlu minta nyawa dengan DAP? kalau saya minta nyawa, baik saya bergabung dengan DAP” – Rauf

Jawapan Rauf mengenai tindakan beliau bertemu pemimpin DAP menjawap segala persoalan yang berlegar di media sosial.

Abd Rauf Yusoh

Rauf menegaskan beliau selaku Pengerusi Perhubungan Negeri UMNO Melaka tidak akan sesekali menggadaikan prinsip beliau kepada Pakatan Harapan terutama DAP.

Pengakuan Rauf mengenai pertemuan tersebut telah dimanipulasi banyak pihak hingga menimbulkan syak wasangka Umno Melaka telah ‘menjual diri’ kepada DAP.

“sudah pasti saya yang bertanggungjawab mengurus tadbir hal ehwal politik tidak mengizinkan rakyat Melaka di perintah oleh parti PH lagi sekali”

Video penuh segmen ANDA MUSYKIL KAMI TERJAH

“KALAU TANGAN SAYA YANG MENCINCANG, BAHU SAYA YANG MEMIKUL, KALAU TANGAN SAYA YANG MEMIMPIN UMNO, BIAR SAYA MEMIKUL BEBAN UMNO” – Abd Rauf Yusoh

 

One thought on ““Saya tidak pernah minta nyawa dari DAP”

Leave a Reply