‘Rampasan kuasa’ telah lama dirancang di Melaka

Dato Sri Abd Rauf Yusoh

 

Mengejutkan apabila Pengerusi Perhubungan Negeri UMNO Melaka, Dato Sri Abd Rauf Yusoh mendedahkan ‘rampasan kuasa’ di Melaka telah lama dirancang.



Rauf menyatakan demikian semasa ditemubual dalam segmen Anda Musykil Kami Terjah di kediamannya.

“punca sebenar ialah bermula daripada salah seorang dari Adun Umno yang juga bekas Ketua Menteri;

yang ingin meletakkan dirinya sebagai Ketua Menteri selepas berlakunya rampasan kuasa yang telah dirancang begitu lama” – Rauf Yusoh

Menurutnya lagi ‘rampasan kuasa’ tersebut didalangi salah seorang daripada 4 ADUN yang telah mengisytiharkan hilang kepercayaan terhadap Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.



Untuk menonton wawancara penuh sila klik ANDA MUSYKIL KAMI TERJAH

Dalam segmen tersebut, Rauf mendedahkan bagaimana perancangan tersebut dilakukan secara senyap-senyap, namun berjaya dikesan awal oleh UMNO Melaka.

“seorang yang tamak kuasa, yang tidak boleh melihat orang lain lebih daripadanya, itulah puncanya” kata Rauf.

“MAKIN KUAT SAYA DIPIJAK, MAKIN KUAT SAYA MELONJAK” – Dato Sri Abd Rauf Yusoh



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button