Presiden Brazil tidak dibenarkan masuk stadium

 

Presiden Brazil Jair Bolsonaro tidak dibenarkan masuk ke stadium untuk menyaksikan perlawanan bola sepak antara Santos menentang Gremio kerana tidak mempunyai sijil vaksinasi Covid-19.

“Mengapa perlu kad, pasport vaksinasi? Saya hanya ingin menonton perlawanan Santos dan mereka memberitahu saya yang saya perlu ambil suntikan vaksin. Kenapa pula?

“Saya ada lebih banyak antibodi berbanding mereka yang sudah disuntik,” kata Bolsonaro.

Sebuah video perbualan Bolsonaro dengan akhbar di Guaruja, Sao Paulo diterbitkan oleh Metropoles pada kelmarin.

Menurut media tempatan, Presiden Brazil itu sedang bercuti di Sao Paulo Beliau pernah dijangkiti Covid-19 pada Julai 2020.

Selepas menjalani kuarantin selama beberapa minggu, presiden itu juga dikatakan membantah sekatan pergerakan dan peraturan memakai pelitup muka.

metro



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button