Idris Haron berbohong – Mohamad Ali
Sangat mengejutkan apabila Dato Sri Mohamad Ali mendakwa Datuk Seri Utama Idris Haron pernah berbohong hanya semata-mata enggan hadir ke majlis anjuran UMNO Tangga Batu.
“Idris berada di Istanbul…bukan di Tehran”
Beliau menjelaskan perkara tersebut semasa ditemuramah krew Anda Musykil Kami Terjah yang dirakam di kediamannya.
Mohamad Ali kesal dengan cara Idris Haron yang menjauhkan diri daripada Umno Tangga Batu selepas dikalahkan dalam pemilihan Umno pada 2018.
Dalam temuramah itu juga, Timbalan Yang diPertua Dewan Negara itu turut mengkritik cara Idris melayan rakyat Melaka semasa masih menjawat jawatan Ketua Menteri.
Mohamad Ali yang juga Ketua Umno Tangga Batu menafikan berlaku persengketaan antara beliau dan Idris sebaliknya sentiasa cuba membawa Idris bersama dalam setiap program Umno Tangga Batu.
“di peringkat awal lagi beliau (Idris) menunjukkan sikat sabotaj kepada Umno” – Mohamad Ali