Ali Tinju bertanding Dun Klebang Melaka

Ali Tinju

 

Ali Tinju mengakui bercadang untuk bertanding dalam PRN Melaka dan beliau memilih Dun Klebang sebagai tempat pilihan pertama atau Dun Sg Udang sebagai pilihan kedua.

Ketika ditemui di Melaka, Ali Tinju turut menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Utama Idris Haron untuk kekal bertanding dalam PRN Melaka.



Beliau yang mendakwa dirinya sebagai NGO nombor 1 negara yakin mampu memenangi Pilihanraya Negeri Melaka atas tiket bebas.

Selaku bekas tentera, Ali Tinju juga menaruh keyakinan tinggi akan menerima sokongan daripada anggota Tentera di kem Tentera yang berada dalam Dun Sg Udang sekiranya Idris Haron beralih Dun.

Dalam pada itu, Ali masih belum memutuskan kerusi mana antara dua Dun yang beliau akan tandingi tetapi memberi gambaran beliau akan menerima sokongan kuat walau di mana sahaja beliau bertanding.

Apa pandangan rakyat Melaka pula?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button