Neville sifatkan skuad Manchester tidak seimbang

 

Manchester United musim ini disifatkan tidak memiliki keseimbangan dalam mengharungi cabaran sengit saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Menurut bekas tonggak pertahanan The Red Devils, Gary Neville, kekalahan 2-4 kepada Leicester City kendalian Brendan Rodgers di Stadium King Power menyerlahkan kelemahan ketara skuad kendalian Ole Gunnar Solskjær.

The Red Devils mencatatkan kekalahan keempat dalam tujuh perlawanan terakhir semua kejuaraan terbaharu tunduk mengalah kepada The Foxes ketika bertandang ke Leicester.

Keputusan itu juga sekali gus menimbulkan persoalan kemampuan sebenar The Red Devils dalam mencabar kejuaraan liga sejak mencipta impak positif pada 2013.

“Persembahan yang begitu buruk sepanjang musim ini dari segi gaya dan cara permainan pasukan.

“Ada beberapa keputusan yang baik dan beberapa gol individu hebat, tetapi keseluruhannya persembahan unit utama dalam dan luar kini berada pada tahap prestasi buruk.

“Sangat sangat tidak menarik untuk ditonton. Apabila anda bermain dalam satu pasukan dengan organisasi dan metodologi yang jelas, secara tiba-tiba anda terpisah dan inilah kesannya,” kata legenda The Red Devils itu.

Manchester United kini berada dikedudukan keenam liga dengan mengumpul 14 mata selepas mengharungi lapan perlawanan.

Menariknya skuad Solskjær akan berdepan Chelsea, Liverpool dan Manchester City, tiga kelab kelompok atasan untuk lima aksi liga dalam masa terdekat.

“Manchester United pada masa ini tidak seimbang.

“Keputusan yang diperolehi pada ketika ini adalah hasil selayaknya diterima kelab. Tiba masa untuk perubahan dan persembahan perlu lebih baik lagi pada masa depan,” ujar Neville.

sinar



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button