Kegembiraan beriadah di air terjun bertukar tragedi

Oleh – Syeikh Baran


Kegembiraan beriadah di air terjun bertukar tragedi
Mangsa, Muhammad Hafiz dikhuatiri lemas di Air Terjun Lata Hammer, Bentong pada Ahad. Foto ihsan PDRM

Kegembiraan lapan sahabat beriadah di Air Terjun Lata Hammer dekat Jalan Lama Bentong-Gombak di sini bertukar tragedi selepas salah seorang dikhuatiri lemas pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar memberitahu, mangsa dikenali Muhamad Hafiz Khairul Azmi, 22, dari Janda Baik, di sini adalah seorang pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Selangor.



Menurutnya, Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong menerima maklumat daripada MERS 999 kira-kira jam 12.30 tengah hari.

“Mangsa bersama tujuh rakannya ke lokasi berkenaan untuk beriadah.

“Salah seorang rakan mangsa juga memaklumkan sebelum kejadian, dua wanita yang tidak dikenali hampir lemas namun berjaya diselamatkan oleh pengunjung,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Ujar Zaiham, dalam keadaan kelam kabut, mereka mendapati salah seorang rakan iaitu mangsa hilang ketika berada di kawasan air tersebut.



Jelasnya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan dengan penglibatan pelbagai agensi pada Ahad dan hari kedua pada Isnin turut melibatkan khidmat Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dari Temerloh.

“Mangsa masih belum ditemui pada hari ke-2 SAR dan operasi bersambung pada Selasa,” tambahnya.

Sumber – SINAR HARIAN




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading