Fizo Omar tamatkan zaman duda
Diam-diam ubi berisi, aktor Fizo Omar kini sudahpun menamatkan zaman duda dan bergelar suami kepada seorang bekas pramugari.
Desas desus mengenai perkahwinan Naib Juara Hero Remaja 2008 itu tercetus apabila dia berkongsi foto memakai baju Melayu serba putih bersama anaknya, Wan Maryam.
View this post on Instagram
Dalam perkembangan terbaru, Fizo atau Wan Hafizol Wan Omar dalam hantaran terbaru berkongsi foto Wan Maryam duduk di atas pelamin.
Menerusi portal media tempatan, Mstar mendedahkan pengurus Fizo mengesahkan pernikahan yang berlangsung pada jam 10 pagi semalam.
Bagaimanapun, katanya, identiti isteri Fizo tidak didedahkan kerana ingin memberi peluang kepada Fizo mengumumkannya sendiri dalam masa terdekat.
Difahamkan suri hati pilihan Fizo dikenali sebagai Fazeera Nazri yang merupakan bekas pramugari berasal dari Sarawak.
Akaun Instagram dipercayai milik Fazeera dilihat berkongsi dua foto pernikahan di mana kedua-dua mempelah memakai sepersalinan putih. Bagaimanapun ruangan komen akaun tersebut ditutup.
Terdahulu, Fizo berpisah dengan usahawan Mawar Abdul Karim pada Julai 2019 setelah usia perkahwinan mencecah enam tahun.
Perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Wan Maryam, tiga tahun.
sinar plus