Misteri pemuda tidak dikenali rupanya Doktor

 

Pemuda tidak dikenali hadir bantu kebumikan anak dari awal hingga akhir. Terkedu ahli keluarga bila tahu identiti pemuda itu

Kisah seorang pemuda misteri yang hadir dihari pengebumian tetapi ahli keluarga tidak mengenali siapa identiti pemuda tersebut telah tular di laman sosial,

Sedihnya hati kami mendengar perkongsian dari Hanapi Jusoh dimana seorang pemuda berhati mulia tersebut hadir ke pengkebumian anaknya.

Pada awalnya, lelaki ini bertungkus lumus membantu semadikan jena-zah namun ramai yang bertanyakan siapakah ‘identiti’ lelaki tersebut. Apabila ditanya rupanya..


Pemuda berhati mulia

 

Alhamdullillah jena-zah anak saudara saya Alif fikri telah selamat disemadi. Dua tiga hari sebelum pemergian Alif, ahli keluarga telah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku ke atas Alif.

ketika bersedia untuk solat jena-zah ke atas jasad Alif, saya telah terperasan pemuda ini yang berbaju merah jambu berada di saf hadapan sekali suaranya sebak sambil mulutnya tidak henti-henti mendoakan Alif.

Ketika di kub0ran..pemuda ini lah yang bertungkus lumus membantu semadikan jena-zah Alif hinggakan bajunya basah berpeluh.

Kami ahli keluarga tidak kenal pemuda ini. Mungkin kawan Alif sebab ramai sangat yang hadir. Lalu ayah Alif menegurnya.

“ Encik dari mana.. Kawan Alif ke?.. Sebab tak pernah tengok.

Akhirnya terbongkar identiti pemuda ini “ Pakcik, sebenarnya saya ialah Doktor yang merawat Alif sepanjang dia di H0spital. Saya datang sini lepas saya tengok alamat pada rekod Alif.

” Saya minta maaf banyak-banyak.. Saya dah lakukan yang terbaik.. Allah lebih sayangkan dia.. Dia muda lagi tak ada dosa.. Saya tak ada kuasa.. Allah maha kuasa.. Saya doktor pun akan ma-ti..”

Mendengar itu mereka berpelukan sambil masing-masing menitis air mata.

Ayah Alif yang terkejut dengan kehadiran doktor muda ini memeluknya erat. Sudah tentu kehadirannya atas rasa simpati dan penghormatan terakhir buat pesakitnya.

“ Takpe lah doktor. Kita redha belake doh..doktor pun buat yang terbaik doh”.

Mulianya hati doktor muda ini

Mereka berbual pendek dan doktor ini berjalan bersama guru madrasah Alif ke kereta. Sebelum balik doktor ini sempat lagi menghulur sumbangan kepada guru itu lalu berkata :

“ Terima kasih banyak sebab selama ni mendidik Alif.

Mulianya hati mu doktor muda. Bukan sahaja cerdas akalnya malah tinggi akhlaknya. Tahniah kepada Ibu bapa yang mendidiknya dan tahniah kepada H0spital Besar Nur Zahirah Kuala Terengganu kerana memiliki Pegawai Perubatan yang tinggi akhlaknya.

Saya tidak kenal doktor muda ini. Tak sempat bertanya namanya. Kalau ada sahabat FB saya kenal doktor ini boleh tag namanya kami sekeluarga ingin bertemunya lagi.

Mulianya hati doktor muda ini. Moga menjadi ikutan kepada semua. Buat arwah, moga rohnya dicucuri rahmat.

Kisah Asal

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker