2 Nelayan Bertarung 8 Jam Sebelum Diselamatkan, akibat bot karam
Seorang mangsa hanyut yang berjaya diselamatkan oleh nelayan dibawa naik ke jeti
DUA nelayan pukat udang bertarung nyawa lebih 8 jam di lautan selepas bot yang dinaiki karam berhampiran perairan Kuala Kedah, kelmarin.
Mangsa hanya bergantung kepada tong gas dan tong air untuk berpaut bagi harungi ombak sehingga kedua-duanya ditemui oleh sebuah bot pemancing yang lalu di kawasan berhampiran.
Bot dinaiki kedua-dua mangsa itu karam kira-kira pukul 3 pagi dan mangsa janya diselamatkan bot pemancing pukul 11 pagi keesokannya, apabila secara kebetulan melalui kawasan berkenaan.
Video dikongsi di media sosial telah menceritakan ada seorang lagi rakan mereka hilang di laut. Rakan berkenaan dikhabarkan memakai jaket keselamatan. Nasib mangsa ketiga masih belum diketahui sehingga kini.