Pesara kerajaan rugi RM300,000 diperdaya ‘scammer’

Pesara kerajaan rugi RM300,000 diperdaya ‘scammer’

Pesara kerajaan rugi RM300,000 diperdaya 'scammer'
Pesara kerajaan rugi RM300,000 diperdaya ‘scammer’

BATU PAHAT: Pesara kerajaan kerugian hampir RM300,000 selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan tidak wujud di media sosial.

Mangsa berusia 68 tahun didakwa mengenali seorang wanita menerusi Facebook sebelum dipelawa menyertai satu pelaburan menjanjikan pulangan lumayan.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, mangsa berinteraksi dengan suspek menerusi media sosial dan WhatsApp bermula 24 Ogos lalu.



Beliau berkata, dalam interaksi itu, mangsa diajak menyertai pelaburan yang mana mampu memberi pulangan berganda mengikut jumlah modal dilaburkan.

“Suspek kemudiannya diminta memuat turun satu pautan pelaburan dengan mengisi maklumat peribadi termasuk kad pengenalan serta akaun bank.

“Pada masa sama, suspek juga menerangkan mangsa bagaimana mengendalikan aplikasi itu dan diberitahu keuntungan akan diagihkan mengikut modal masing-masing.

“Tertarik dengan tawaran itu, mangsa tidak berfikir panjang lalu bersetuju menyertainya,” katanya dalam kenyataan.

Ismail berkata, bermula dari tarikh terbabit sehingga 21 September lalu, mangsa membuat tujuh pindahan ke dalam akaun berbeza atas arahan suspek dengan keseluruhan berjumlah RM289,067.



Bagaimanapun, Ismail berkata, selepas bayaran dibuat mangsa tidak menerima sebarang pulang seperti mana dijanjikan.

“Mangsa berasa tertipu lalu membuat laporan polis semalam. Siasatan masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

Pesara kerajaan rugi RM300,000 diperdaya ‘scammer’


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Rakyat Kelantan Ibarat Menang Sorak Kampung Tergadai




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading