Kos sara hidup naik, rakyat mula kenang zaman Najib Razak

Oleh – Bakhtiar Omar


Kos sara hidup naik, rakyat mula kenang zaman Najib Razak

Rungutan rakyat mengenai kos sara hidup yang semakin menekan menyebabkan rakyat mula terkenang zaman Najib Razak mengurustadbir Malaysia.



Kebanyakan rakyat mula menggunakan media sosial bagi memprotes kerajaan yang mereka rasakan tidak peka dengan apa yang berlaku saban hari.

Bukan sahaja kos sara hidup naik, harga barang keperluan juga tidak kurang rancak mencanak naik.

Dengan krisis bekalan beras tempatan yang dikatakan ‘hilang’ dari pasaran, rakyat mula tertanya mengapa stok beras import tetap ada tetapi dijual pada harga yang terlalu mahal terutama kepada olongan B40.

Menteri ‘Formula’ yang sebelum ini nampak sangat bijak sudah semakin kelihatan ‘bodoh’ di mata rakyat. Kemana hilang ilmu ‘Formula’ beliau yang selama ini dibanggakan? 



Kos sara hidup naik, rakyat mula kenang zaman Najib Razak

Bagi pihak pembangkang, isu krisis harga barang keperluan dan bekalan merupakan bonus untuk mereka. Menggunakan platform politik, pembangkang terus menerus menunggang isu tersebut untuk kepentingan politik mereka. Langsung tidak ada solusi menang-menang yang mampu difikirkan pembangkang agar kerajaan mengambil buah fikiran mereka untuk dijadikan panduan demi rakyat.

Yang difikirkan pembangkang hanyalah Kerajaan Perpaduan perlu ditumbangkan bagi memberi laluan kepada mereka mengambil alih tampuk, barulah akan dikongsikan solusi bagi menangani kenaikan kos sara hidup rakyat.

“NAJIB SUDAH LAMA RANCANG, KITA SAHAJA YANG LALAI”


Kos sara hidup naik, rakyat mula kenang zaman Najib Razak



Namun, percayalah, segala solusi yang akan dibentangkan hanyalah sekadar ‘menyalin kulit’. Segalanya telah disediakan Najib Razak ketika beliau menjadi Perdana Menteri.

Kedai Rakyat 1 Malaysia atau KR1M yang diperkenalkan Najib adalah solusi terbaik membantu rakyat terutama golongan B40. Harga barangan keperluan di KR1M  sentiasa berada di bawah harga pasaran. Bukan itu sahaja, malah banyak lagi perancangan ekonomi yang dibuat Najib dijenamakan semula.

Masih ingat BR1M? Sejak Mei 2018, berapa kali ia dijenamakan semula sehingga hari ini? Tanpa segan silu, mereka (pihak lawan) menjenamakan semula BR1M dengan pelbagai jenama namun semua rakyat masih mengungkapkan itulah BR1M.

Kos sara hidup naik, rakyat mula kenang zaman Najib Razak



Jika melayari semua medium media sosial, rakyat mulai menyesal kerana menjatuhkan Najib dan BN yang satu ketika cukup menjaga rakyat serta kebajikan rakyat dengan baik.

Kini, penyesalan itu mereka suarakan dan meminta agar Najib kembali untuk perbetulkan ekonomi negara yang semakin merudum.

Apa boleh buat, nasi sudah menjadi bubur, realiti itu perlu rakyat hadapi dengan tenang.

 



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button