Timbalan Ketua Menteri Sarawak meninggal dunia
Timbalan Ketua Menteri James Jemut Masing telah meninggal dunia di hospital sebentar tadi.
Presiden Parti Rakyat Sarawak itu dimasukkan di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Umum Sarawak (HUS) selepas di sahkan positif COVID 19 pada September lalu.
Difahamkan Masing sudah melengkapkan dua dos vaksin.
“Dengan rasa sedih dimaklumkan Timbalan Ketua Menteri James Jemut Masing telah meninggal dunia di hospital.
May his Soul rest in Peace,” kata Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat dan Unit Komunikasi Awam Sarawak) – Datuk Abdullah Saidol.