“Bapa lockdown punca kehancuran rakyat” – Najib
‘Bapa Lockdown Malaysia’ didakwa menjadi punca kepada kehancuran ekonomi dan kehidupan rakyat ketika ini.
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang membuat dakwaan tersebut turut mengaitkan bahawa sekatan pergerakan (lockdown) di negara ini adalah antara terpanjang di dunia selain dilakukan ‘separuh masak’.
“Lockdown separuh masak yang antara paling panjang dalam dunia, yang dilaksanakan oleh ‘Bapa Lockdown Malaysia’ dari kerajaan dahulu telah menghancurkan kewangan dan kehidupan ramai,” dakwa Najib di Dewan Rakyat di sini, hari ini.
Dakwaan itu turut mengaitkan bahawa ‘lockdown’ di negara ini adalah antara terpanjang di dunia selain dilakukan ‘separuh masak’.#AWANInews#AWANI745 https://t.co/UFjWOvN9UC
— 🇲🇾Astro AWANI🇲🇾 (@501Awani) November 1, 2021
“Tetapi kadar jangkitan serta kematian COVID-19 berbanding saiz penduduk adalah tertinggi di ASEAN dan antara tertinggi di dunia bagi tahun ini,” tambahnya.
Beliau bagaimanapun tidak menyatakan siapa individu yang beliau gelarkan sebagai ‘Bapa Lockdown Malaysia’ itu.
Najib berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan (Bajet) 2022 mewakili Kelab Penyokong Kerajaan (BBC).
Jelasnya, biarpun ada yang mengaku telah berbelanja RM600 bilion dalam setahun setengah, namun ia kurang memberi manfaat yang secukupnya kepada kehidupan rakyat.
Justeru katanya, itu menjadi sebab kenapa kewangan kerajaan Malaysia berada pada keadaan yang kritikal pada ketika ini.
awani