PRN Melaka – PAS kekal bersama ‘mirip’ pelaku semburit



Oleh Amran Klebang

Apabila Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengumumkan mereka bersama dengan Perikatan Nasional dalam PRN Melaka, semua ahli PAS perlu menerima hakikat mereka kini bersama seorang ‘mirip’ pelaku semburit.

Bagaimana mereka (PAS) yang pernah mengkritik isu ‘mirip’ pelaku semburit kini boleh bersama dengan individu tersebut?

Dimanakah prinsip serta laungan Islam PAS? Hilang ditelan ‘khayalan’ bila ada sedikit kuasa?



 

 

Melihat keadaan ini, adakah PN pasti mereka mampu beroleh kemenangan dengan mudah sekaligus membentuk kerajaan negeri?

Perlu diingatkan selama ini PAS tidak pernah bertanding menggunakan lambang atau logo parti lain waima semassa bersama dalam Pakatan Rakyat dahulu.

Tidakkah ini akan hanya meruntuhkan moral dan semangat penyokong PAS Melaka yang berharap pucuk kepimpinan mereka berbuat sesuatu yang lebih memihak kepada mereka sekiranya bertanding di PRN Melaka?

 

 

‘Nasi sudah menjadi bubur’ bila Presiden PAS sendiri menyatakan akan bersama PN dan ini hanya mendatangkan kekecewaan kepada penyokong serta ahli PAS itu sendiri.



Tinjauan yang dilakukan secara rambang, rata-rata ahli PAS menyatakan mereka keliru dengan keputusan pucuk pimpinan. 

Secara konklusi, mereka menyifatkan PAS sudah semakin terpesong dari perjuangan sebenar dan sedang berada dalam fasa ‘mabuk kuasa’.

Mungkin Presiden PAS serta kepimpinan PAS Melaka sedar mereka tidak mempunyai satu kerusi pun dalam DUN Melaka.

Konflik landa PPBM Melaka menjelang PRN

 

 



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker