Perang besar bakal berlaku dalam Pakatan Harapan

Norhizam Hassan Baktee

Menjelang penamaan calon PRN Melaka pada 8 November ini, perang besar dikatakan bakal berlaku dalam Pakatan Harapan.

Ini berikutan kenyataan Presiden PKR yang mahu PKR dan AMANAH mengambil dua individu daripada empat bekas Adun yang menarik sokongan kepada Ketua Menteri Melaka tempohari.

Tindakan mereka berempat telah menyebabkan Dewan Undangan Negeri dibubarkan sekaligus menyebabkan Pilihanraya Negeri diadakan.



‘MELAKA FOUR’ HANYA ‘KELDAI TUNGGANGAN’ PH

Idris Haron, Nor Azman, Effendi dan Norhizam adalah komplot dikenali sebagai ‘Melaka Four’ yang gagal menjalankan tugas yang diberikan Pakatan Harapan.

Pakatan Harapan adalah dalang disebalik tindakan 4 bekas Adun dan tindakan mereka tidak mustahil hanya sekadar ‘sembang kosong’ tanpa ada ‘mahar’ yang perlu diberikan untuk tindakan ‘berani mati’ itu.

Perbincangan, persepakatan serta gerak kerja PH mempengaruhi 4 Adun telah diakui sendiri Anwar Ibrahim yang dikeluarkan dalam satu laporan oleh sebuah portal.



Bagaimanapun DAP tidak bersetuju dengan untuk memberi ruang kepada keempat-empat ‘Melaka Four’ menjadi calon Pakatan Harapan.

Malah Norhizam Hassan Baktee terus ditolak namanya oleh DAP kerana tindakan beliau sebelum ini menyebabkan DAP terkesan apabila kehilangan majoriti dalam DUN Melaka.

 



 

Agak mengejutkan apabila Idris Haron dilihat telah turun padang di Dun Asahan bersama jentera AMANAH dan Anwar pula menegaskan tidak akan membiarkan ‘pengorbanan’ 4 bekas Adun sia-sia.

Sebagai membalas budi, Anwar mengarahkan AMANAH mengambil seorang daripada ‘Melaka Four’ sebagai calon mereka.

PKR juga akan mengambil seorang untuk dijadikan calon mereka pada 8 November ini.



DAP BAKAL DISABOTAJ DARI DALAM PH?

DAP pula telah menamakan calon mereka pada sebelah petang tadi dan senarai nama dibacakan Setiausaha Agung DAP sendiri.

Oleh demikian DAP telah memenuhkan kuota kerusi yang akan mereka tandingi dan kini terpulang kepada PKR dan AMANAH untuk menamakan calon mereka sebagaimana dipersetujui.

Risiko berlakunya sabotaj sesama Pakatan Harapan semakin kedengaran walau di permukaan nampak mereka cukup tenang dan professional.

Mungkinkah akan berlaku kejutan apabila ada calon bebas (ditaja khas) akan turun di kubu kuat DAP hanya untuk memecahkan undi DAP sahaja tanpa mengusik pihak lain hanya untuk mengajar DAP untuk menghormati sekutu dalam PH?



Anwar sahkan PH ‘DALANG’ tumbangkan Kerajaan Melaka

 

 



 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button