ANAK ZIARAH PUSARA MAMAT KHALID
ANAK ZIARAH PUSARA MAMAT KHALID – SAMBUTAN HARI LAHIR BERBEZA
“Ini adalah gambar terakhir Amen menyambut hari jadi bersama papa… Ulang tahun kali ini pasti lebih bermakna jika papa ada… Al Fatihah,” kata anak Allahyarham Mamat Khalid iaitu Mohd Khalid Amen, 25.
Sambutan hari jadi tahun ini ternyata berbeza buat anak Allahyarham Mamat Khalid yang menziarahi pusara bapanya pagi, hari ini. Menerusi perkongsian di media sosial, Amen turut memuat naik kenangan gambar terakhir sambutan hari jadinya bersama Allahyarham.
Ruangan komen paparan yang dimuat naik Amen, rata-rata mendoakan kesejahteraan dan kesihatan serta kejayaannya untuk meneruskan legasi bapanya itu. Amen yang juga anak keempat pengarah tersohor itu bakal meneruskan legasi bapanya.
Tidak mahu legasi ditinggalkan bapanya dalam bidang pengarahan berkubur, Amen nekad menyambung projek membabitkan Mamat yang belum selesai.
“Saya bakal meneruskan apa yang tertangguh tidak lama lagi. Perancangan asal adalah untuk memastikan keadaan emosi mama kembali pulih sebelum saya kembali bekerja.
“Selain itu, kafe yang diasaskan oleh papa iaitu Sarang Art Hub juga sudah kembali beroperasi sejak tiga hari lalu di atas permintaan ramai. Cadangnya kami ingin berehat seketika, namun ramai yang menelefon.
“Memandangkan ramai yang ingin berkunjung ke Sarang Art Hub, abang saya Adam yang juga cef di kafe itu turut kembali bekerja,” jelasnya.
ANAK ZIARAH PUSARA MAMAT KHALID
Disyorkan Untuk Anda :
- Beliau’ akan jadi calon PEJUANG di PRN Melaka?
- Perang besar bakal berlaku dalam Pakatan Harapan
- PRN MELAKA: RATU BADAK KETUA CYTRO PH KAKI AUTA TANPA FAKTA
- PRN MELAKA: AHLI PAS AKAN BUAT KEJUTAN DALAM PRN MELAKA