ALIFF SYUKRI SEBAK HANTAR ISTERI KE KLIA UNTUK TUNAI UMRAH

ALIFF SYUKRI SEBAK HANTAR ISTERI KE KLIA UNTUK TUNAI UMRAH

ALIFF SYUKRI SEBAK HANTAR ISTERI KE KLIA UNTUK TUNAI UMRAH

Menerusi muat naik di laman Instagram, usahawan kosmetik Datuk Aliff Syukri telah meluahkan rasa sedih dan sebak sewaktu menghantar isterinya, Datin Nur Shahida di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk menunaikan umrah, pada Khamis.

Difahamkan, isteri Aliff Syukri telah berangkat bersama kedua ibu bapanya. Dalam pada itu, Aliff memberitahu bukan satu perkara mudah apabila terpaksa berpisah seketika dengan permaisuri hatinya itu dalam satu jangka masa yang lama. Namun, Aliff sekeluarga tetap tabah demi merealisasikan impian isterinya yang ingin menunaikan umrah pada setiap tahun.

“Perjalanan mama untuk menunaikan umrah kenangan tahun ini amat berbeza dengan sebelum ini. Sebab sebelum ini saya menghantar @shahidadherbs menunaikan umrah selalunya bersama arwah nenek saya, tapi tahun ini saya hanya mampu menghantar mak mertua bapa mertua dan isteri saya menunaikan umrah.

“Walau amat sedih, tetapi kami sekeluarga tabahkan juga..paling terasa adalah anak-anak kecil ini..tak sanggup sebenarnya nak menghantar isteri saya, tetapi apakan daya.. niat isteri saya memang dari dulu kalau ada rezeki duit lebih.. dia teringin menunaikan umrah setiap tahun.

“Alhamdulillah, syukur impian ini dapat saya tunaikan..kecuali ketika Covid. Apapun, bukan mudah untuk kami sekeluarga melepaskan mama untuk jangka masa yang lama. Semoga mama gembira menunaikan umrah dan tenang di sana bersama ibu dan ayah beliau,” tulis Aliff Syukri.

ALIFF SYUKRI SEBAK HANTAR ISTERI KE KLIA UNTUK TUNAI UMRAH


Disyorkan Untuk Anda :


Leave a Reply