Lewandowski hampiri rekod Ronaldo
Lewandowski hampiri rekod Ronaldo
BERLIN: Robert Lewandowski kini di landasan terbaik untuk memenangi Ballon d’Or.
Penyerang Poland itu meledak gol kemenangan pada minit ke-75 untuk Bayern Munich ketika menentang SC Freiburg dan mengumpul 23 Bundesliga musim ini.
Ia juga adalah jaringan ke-60 pemain 33 tahun itu sejak awal tahun dengan baki 10 perlawanan perlu diharungi.
Pemain terakhir meledak gol sebanyak itu dalam tempoh setahun ialah Cristiano Ronaldo pada tahun 2014 – menjaringkan 61 gol pada tahun itu selepas meledak 69 gol pada tahun 2013.
Bagaimanapun kedua-dua pemain masih jauh di belakang Lionel Messi – yang pernah meledak 91 gol sepanjang tahun 2012.
Kemenangan 2-1 Bayern itu sudah cukup untuk melonjak mereka ke puncak Bundesliga.
Lewansdowski pula meletakkan dirinya sebagai calon terbaik untuk anugerah Ballon d’Or pada 29 November nanti. – AGENSI