WANY HASRITA NAFI NAK KAHWIN

WANY HASRITA NAFI NAK KAHWIN

WANY HASRITA NAFI NAK KAHWIN, TAPI TAK NAFI ADA KEKASIH PILOT

“Jadual kerja saya memang penuh hingga ke hujung tahun, maknanya dakwaan untuk mendirikan rumahtangga dalam masa terdekat tidak benar,” ujar Wany Hasrita menafikan gosip tersebut.

Kenyataan Wany itu berikutan ada dakwaan segelintir pihak yang mengatakan kononnya penyanyi itu bakal menamatkan zaman bujangnya dengan seorang juruterbang tidak lama lagi.



Bagaimanapun, mengenai kekasih pilotnya yang digembar gemburkan itu, Wany enggan mengulas lanjut.

WANY HASRITA NAFI NAK KAHWIN

“Bab itu, biarlah rahsia,” jelasnya dipetik sebagai berkata dalam sebuah acara pertunjukan koleksi semalam.

Untuk info, laporan media sebelum ini melaporkan bahawa Wany belum bersedia untuk mendedahkan gerangan jejaka yang berjaya menambat hatinya itu.



Wany atau nama sebenanya Nurshazwany Hasrita Hasbullah, turut menafikan yang dia bimbang jika teman istimewanya itu dirampas orang lain. Malah tujuan dia merahsiakan identiti kekasihnya hanya kerana tidak mahu mengulangi kesilapan lampau.

Ini kerana selepas belajar dari pengalaman yang dilalui rakan-rakan artis yang lain, dia jadi matang dan mempunyai prinsip tersendiri mengenai kehidupan peribadi.

WANY HASRITA NAFI NAK KAHWIN, TAPI TAK NAFI ADA KEKASIH PILOT


Disyorkan Untuk Anda :


Perang dalaman Pakatan Harapan bermula?




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading