Perang dalaman Pakatan Harapan bermula?

 

DAP “tidak gembira” dengan tindakan PKR dan Amanah menerima dua bekas ahli Umno, menyebabkan pemimpin parti itu tidak hadir pada pengumuman calon pilihan raya negeri (PRN) Melaka, hari ini.

“Bagaimana kami hendak hadir sedangkan mereka (PKR dan Amanah) menerima mereka berdua? Ada rasa tidak gembira dengan keputusan parti itu. Sebab itu kami tidak hadir,” kata pemimpin DAP yang enggan dinamakan itu kepada FMT.

Majlis pengumuman calon hari ini hanya dihadiri Anwar yang juga Presiden PKR dan rakan sejawatannya dari Amanah, Mohamad Sabu. Kelibat pemimpin DAP langsung tidak kelihatan.

Pemimpin DAP lantang menentang penerimaan Idris, Nor Azman dan dua ADUN lain iaitu Noor Effandi Ahmad dan Norhizam Hassan Baktee yang mencetuskan kejatuhan kerajaan negeri Melaka.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sebelum ini berkata parti itu menentang penerimaan mana-mana empat bekas ADUN berkenaan sebagai calon PH.

Beliau bagaimanapun membayangkan bahawa kesepakatan dalam gabungan itu mampu mengatasi segalanya.

“Malangnya, DAP sebelum ini telah kalah dari segi undian oleh PKR dan Amanah. Oleh itu, kami terpaksa mematuhi keputusan majoriti demi perpaduan pakatan.

“Bagaimanapun, ini tidak bermakna keputusan majoriti yang dibuat sebelum ini adalah betul,” katanya dalam satu kenyataan awal minggu ini.



FMT

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button