JANNA NICK AKUI HATINYA TERGURIS

JANNA NICK AKUI HATINYA TERGURIS

JANNA NICK AKUI HATINYA TERGURIS

“Apabila berkongsi keadaan sebagai pesakit bipolar disorder yang sering mengalami situasi otak sangat bising kerana mendengar lima suara sepanjang hari, netizen menuduh saya orang gila. Keadaan ini menimbulkan persoalan dalam diri betapa masih ada masyarakat tidak faham mengenai penyakit bipolar disorder apabila menyifatkannya sebagai kurang siuman.

“Tidak semua pesakit bipolar disorder itu gila. Tetapi, ada juga pihak yang memahami dan menyelar tindakan netizen yang melabelkan saya orang gila,” ujar pelakon Janna Nick yang mendedahkan dia pernah dilabelkan ‘orang gila’ oleh warga netizen, dek hanya disebabkan keterbukaannya berkongsi masalah bipolar disorder yang dialami.



Jauh di sudut hati, Janna akui, hatinya terguris dengan panggilan orang gila. Namun, katanya, itu membuktikan masih ada golongan yang tidak memahami situasi sebenar pesakit mental apabila menganggap mereka kurang siuman. Walaupun berdepan dengan situasi sukar, namun Janna atau nama sebenarnya, Nurul Janna Muner lebih selesa melihat penyakit dialami dari sudut positif.

“Penyakit bipolar disorder memang tiada penawar kerana ia berlaku disebabkan genetik, bukannya tekanan kerja. Malah saya sudah lama mengalaminya, cuma lambat mendapatkan rawatan.

“Saya kini bergantung dengan ubat anti-kemurungan, selain mendapatkan rawatan pakar psikiatri. Walaupun terpaksa bergelut dengan penyakit ini, namun, apa yang membuatkan saya terharu apabila ada rakan selebriti menjadikan pengalaman saya sebagai sumber rujukan.



“Mereka ini diagnosis mempunyai masalah mental seperti saya, namun, tidak mempunyai sistem sokongan kuat untuk menghadapinya. Jadi, inilah tugas saya dalam membantu rakan artis dengan memberi sokongan dan semangat supaya dapat terima keadaan diri mereka,” kata pelakon drama rantaian ‘Syurga Nur’ dan ‘Misteri Mona’ ini.

Menyedari betapa perlu maklumat tepat mengenai penyakit bipolar, Janna berhasrat memberi lebih pendedahan kepada masyarakat. Janna sebelum ini berkongsi masih menjalani rawatan dengan pakar psikiatri untuk mengubati gangguan bipolar disorder dan turut mendedahkan pernah dua kali cuba membunuh diri kali sepanjang hidupnya.


Disyorkan Untuk Anda :


“Sebelum ini, saya tiada rasa tanggungjawab untuk menyampaikan maklumat. Tetapi, apabila saya mengalami penyakit ini, terdetik untuk bekerjasama dengan badan berkaitan mewujudkan kempen kesedaran. Saya ingin menyampaikan lebih banyak maklumat tepat kepada pesakit supaya tidak menghukum diri dengan menamatkan riwayat disebabkan penyakit ini.

“Penyakit mental ini hanya membabitkan otak, bukannya tubuh. Selain itu, kita juga perlu didik masyarakat tidak menganggap pesakit bipolar disorder sebagai orang gila. Tuduhan mereka menambahkan tekanan kepada pesakit,” tambahnya.



JANNA NICK AKUI HATINYA TERGURIS


Disyorkan Untuk Anda :


Mustahil boleh puaskan semua pihak – Najib



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button