DAP biadap kepada rakyat Melaka
Ahli Parlimen Kluang dari DAP menunjukkan sikap biadap dan bodoh terhadap rakyat Melaka dengan perkataan ‘LAHABAU MELAKA, JOM UNDI’ di facebook beliau.
Teo Nie Ching yang cuba ‘mejiwai’ Melaka tidak sedar dan lalai kerana tidak peka dengan maksud sebenar ‘LAHABAU’ yang digunakan.
Ini menggambarkan sikap sebenar DAP dalam politik yang sering digunapakai mereka terhadap pihak lawan. Pendekatan ‘tuduh, dakwa dahulu kemudian baru beri bukti’ DAP seperti disengajakan bagi mencari publisiti murahan.
Adakah cara ini disukai rakyat Melaka? Datang ke negeri orang kemudian menggunakan perkataan yang bersifat maki hamun untuk mengajak rakyat Melaka mengundi Pakatan Harapan.
22 bulan tempoh pemerintahan Pakatan Harapan disertai dengan manifesto palsu sudah cukup membuat rakyat sedar kedurjanaan DAP itu sendiri.
Malah sesama mereka dalam Pakatan Harapan sendiri kini sedang bertelagah kerana masing-masing mahu menunjukkan siapa lebih berkuasa.
Rafiq ditolak pengundi, protes bermula