Polis siasat kes bakar mercun tengah jalan

Polis siasat kes bakar mercun tengah jalan

Polis siasat kes bakar mercun tengah jalan

KUALA LUMPUR: Polis menjalankan siasatan berhubung penularan satu video yang didakwa berlakunya pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) ketika sambutan Deepavali yang dimuat naik menerusi aplikasi TikTok dipercayai di kawasan Jalan Little India, Brickfields, di sini, minggu lalu.

Kejadian membakar mercun dalam video berdurasi 36 saat itu dipercayai dirakam antara jam 11 malam hingga 12.30 malam pada 3 November lalu.



Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Basri Sagoni, berkata pihaknya menjalankan siasatan berkaitan video itu yang memaparkan sekumpulan individu membakar mercun di tengah jalan.

“Video ini juga menunjukkan sekumpulan lelaki sedang bermain alat muzik (gendang) sambil menari.

“Video yang dirakamkan atas nama seorang pemilik akaun TikTok ini memaparkan suasana sambutan perayaan tanpa penjarakan fizikal dan kelihatan beberapa orang awam didapati tidak memakai pelitup muka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, video ini telah menimbulkan pelbagai persepsi awam ke atas kerajaan Malaysia.



“Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan video tular ini dan bimbang ia akan mendatangkan kegusaran awam.

“Kita memandang serius sebarang pelanggaran SOP yang berlaku di negara ini dan siasatan akan dijalankan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988,” katanya.

Saksi awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini diminta hadir ke Balai Polis berdekatan untuk memberi keterangan.

Maklumat lain berkaitan jenayah boleh disalurkan kepada Hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222, hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana Balai Polis yang berdekatan, katanya.



Polis siasat kes bakar mercun tengah jalan


Disyorkan Untuk Anda :


Related Articles

Leave a Reply

Back to top button