Smith Rowe perkuat skuad England

Smith Rowe perkuat skuad England
Pemain muda Arsenal Emile Smith Rowe dipanggil untuk memperkuat skuad senior England buat pertama kali. – Foto AFP

Smith Rowe perkuat skuad England

LONDON: Emile Smith Rowe dipanggil untuk skuad senior England buat pertama kali.

Bintang Arsenal itu, yang menjaringkan gol kemenangan ke atas Watford Ahad lalu, tiba di St George’s Park semalam dengan jangkaan untuk menyertai skuad bawah 21 tahun minggu ini.

Tetapi dia dipanggil oleh Gareth Soutghate membarisi skuad senior selepas Marcus Rashford, James Ward-Prowse, Mason Mount dan Luke Shaw tidak melaporkan diri untuk tugasan antarabangsa.



Smith Rowe, yang menemui sasaran dalam tiga perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris, tekad untuk terus bekerja keras bagi membalas kepercayaan diberikan Southgate.

“Saya perlu terus bekerja keras dan saya gembira dipanggil untuk mewakili pasukan,” kata Smith Rowe.

Dia akan bergandingan dengan rakan sepasukan Arsenal Bukayo Sako dan Aaron Ramsdale untuk kempen kelayakan Piala Dunia 2022.

Skuad kendalian Southgate akan berdepan Albania dan San Marino pada rehat perlawanan antarabangsa kali ini. – AGENSI



Smith Rowe perkuat skuad England


Disyorkan Untuk Anda :


 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button