Pelakon Gerak Khas meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Pelakon Jeff Hassan, 56, dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Segamat, Johor, jam 2.25 pagi tadi.

Berita pemergian Allahyarham Jeff disahkan oleh rakan artis yang juga Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), Zed Zaidi ketika dihubungi, hari ini.

Kata Zed, pemergian arwah Jeff yang begitu aktif dalam persatuan termasuk bidang lakonan begitu dirasakan terutama bagi penggiat industri seni.



“Arwah adalah ahli yang aktif dalam persatuan termasuk bidang lakonan. Selalunya arwah akan dapat watak seperti polis, ahli perniagaan dan pelbagai lagi.

“Jadi, kita kehilangan seorang penggiat seni yang sangat aktif bukan sahaja dari sudut lakonan, malah kebajikan,” katanya kepada BH Online.

Jenazah Allahyarham Jeff atau nama sebenarnya, Muhammad Jefrey Hassan disolatkan di Masjid Bandar Putra, Segamat sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Jawa, Segamat, Johor, jam 8 pagi tadi.

Sebelum ini, Allahyarham Jeff cukup sinonim dengan peranannya sebagai polis dalam drama rantaian popular, Gerak Khas terbitan Skop Production.



Allahyarham juga sering muncul dengan membawa watak imam termasuk sudah membintangi pelbagai drama.

BHOnline


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading